Mengambil keputusan untuk berkahwin di usia yang muda tidak menghalang pasangan suami isteri ini meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
Bagi pasangan muda, Siraj Munirah Ahmad Fauzi, 21, dan suami, Mohd Amir Abdul Halim, 22, perkahwinan yang dibina pada tahun 2011 itu menjadi pembakar semangat buat mereka untuk meneruskan cita-cita dalam masa sama melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri.
Malah kehadiran cahayamata lelaki, Umar Rayyan, 2, menguatkan lagi ikatan cinta antara kedua-duanya.
“Sejak berkahwin dan bergelar ibu, saya perlu bijak membahagikan masa supaya pelajaran tidak terjejas dan anak serta suami tidak terabai.
“Saya bersyukur kerana kami sentiasa bertolak-ansur dan saling memahami tanggungjawab masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Hari Pendaftaran Pelajar Baru di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, di sini, semalam.
Siraj Munirah yang menyambung pengajian dalam bidang Bio Perubatan antara 905 pelajar baru yang mendaftarkan diri bagi semester baru di kampus tersebut.
Katanya, mereka mengambil keputusan menyewa di luar kampus bagi memudahkan kehidupannya sekeluarga.
“Suami saya merupakan pelajar tahun tiga dalam bidang farmasi manakala anak saya akan diletakkan di taska yang terdapat di kampus.
“Walaupun mempunyai tanggungjawab yang besar, namun saya dapat mengekalkan prestasi cemerlang dalam akademik,” katanya yang berasal dari Johor itu.
Siraj Munirah berkata, dia dan suami berhasrat mahu meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas ini kerana masing-masing meminati bidang perubatan.
Sementara itu, bagi anak buruh kilang, Siti Sarah Hashim, 20, nasihat bapanya yang mahu anak-anak belajar bersungguh-sungguh menjadi ingatan padanya.
Anak keenam daripada 10 adik beradik itu berkata, kejayaan empat abang dan kakaknya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading menjadi semangat kepadanya.
Pada sesi pendaftaran tersebut, seramai 242 mahasiswa dan 663 mahasiswi mendaftarkan diri di enam fakulti yang ada di kampus itu.

0 comments:
Post a Comment