/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday, 27 August 2014

Wanita Bertudung ‘Gedabak’ Dalam WHI Mula Jadi Sebutan Dan Kritikan Orang

Serius, ramai rakan kami meluahkan rasa terkejut ketika menonton program Wanita Hari Ini semalam. 

Semua gara-gara melihat gaya tudung seorang jemputan di studio yang hadir bagi mempromosikan butiknya di program tersebut. 

Bukan apa, tudung dikenakan wanita tersebut boleh dikatakan terlalu besar jika dibandingkan dengan saiz kepala muslimah biasa yang bertudung. Hinggakan ada yang nakal membuat lawak bahawa ia menyamai watak Queen Amidala dalam filem Star Wars! 

Susulan itu, gambar wanita berkenaan mulai tersebar dan menjadi viral di laman-laman sosial. 



Perkara ini sampai ke pengetahuan wanita tersebut yang dikenali sebagai Aimi. 

Nyata, dia amat bengang hingga mempertimbangkan mahu menyaman individu yang memperolokkan dirinya. 

Berikut pula komen Aimi di laman 
Facebook 







Dari satu segi betul juga kata Aimi menerusi status Facebook di bawah ini iaitu jika kita berpakaian untuk kepuasan diri sendiri mengapa mahu pedulikan cakap-cakap orang? 



Pada pandangan kami cara pemakaian tudung dalam kalangan muslimah di negara ini yang ranggi dan mengikut trend semasa atau lebih dikenali sebagai hijabista adalah bagus tapi kenyataannya, tak semua sesuai dan boleh diterima untuk tatapan umum. 

Dalam Islam sendiri terdapat garis panduan jika niatnya benar-benar mahu menutup aurat termasuk tudung wajib labuh menutup dada dan tidak dipasang sanggul tinggi. Jadi hati-hatilah dalam keterujaan mahu berfesyen ya – jangan sampai matlamat utama tudung sudah lari maksudnya.

Mana tahu selepas ini tudung ala gedabak ni pula jadi trend...apa-apa pun Aimi memang cantik orangnya ,sesuai benar jadi model tudung.
no image
  • Title : Wanita Bertudung ‘Gedabak’ Dalam WHI Mula Jadi Sebutan Dan Kritikan Orang
  • Posted by :
  • Date : 16:43
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top