Penahanan seorang lelaki warga Poland membongkar kegiatan sindiket mencuri wang dari mesin ATM yang menggunakan taktik licik sehingga langsung tidak disedari mangsa.
Modus operandi sindiket ialah memasang alat pengimbas yang dilekatkan di ruang pengguna memasukkan kad ATM serta kamera pengintip yang menghala ke papan kekunci.
Alat pengimbas berkenaan membolehkan sindiket membaca maklumat dalam kad ATM pengguna ketika kad dimasukkan untuk pengeluaran wang sebelum kamera pengintip merakam pergerakan jari ketika mangsa memasukkan nombor PIN kad ATM mereka.
Pihak Polis Pahang juga mengesahkan berita ini melalui laman Facebook rasmi mereka dengan penjelasan lebih lanjut mengenai modus operandi penjenayah tersebut.
*Berhati2 ketika ingin mengeluarkan wang ya :)
0 comments:
Post a Comment