/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Monday, 25 August 2014

MH17:Akhirnya Jenazah Ummi Balik Juga Di Kampong Halamannya

-- Hipo-Litoner bersama anaknya, Anne Rahimah Tournier, 29, dan suami Yoann Martin Juon, 29 dan anak mereka Alice Iman Tournier, 3, pada sidang media bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan dan kerajaan negeri Perak yang menguruskan kepulangan dan pengkebumian jenazah isterinya, Allahyarhamah Noor Rahimmah Mohd Nor.

"Pemergiannya amat dirasai kerana dia seorang ibu dan nenek yang sangat baik hati, penyayang dan pandai memasak," luah Anne Rahimmah Tournier, anak mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17, Allahyarham Noor Rahimmah Mohd Nor, 67.
Anne, 29, yang bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Geneva, Switzerland, berkata anak beliau, Alice Iman Tournier yang berusia tiga tahun memanggil ibunya dengan panggilan 'Ummi'.
"Ia adalah sesuatu yang amat penting bagi kami. Masakan beliau yang mengajar saya dan ayah untuk memakan makanan pedas. Beliau sangat pandai memasak. Arwah mengasuh anak perempuan saya. Cucunya menganggap beliau sebagai ibu kedua," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menceritakan kenangan manis bersama Allahyarham, Anne berkata walaupun begitu lama tinggal di Geneva, ibunya masih menggunakan bahasa ibunda ketika berkomunikasi dengan anaknya dan juga berkesempatan mengajar cucunya bahasa tersebut.

"Jenazah itu sempurna seperti dimaklumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kami berdoa setiap kali sujud ketika bulan Ramadan hingga sekarang, sempurnakanlah jenazah kakakku, Ya Allah supaya boleh dibawa pulang dan disemadikan di sini," katanya kepadaBernamadi kediaman keluarga beliau di sini.

Beliau berkata Allahyarham juga ingin menikmati buah-buahan tempatan seperti rambutan dan manggis serta masakan kampung iaitu sambal, sayur Terung Belanda dan pucuk ubi.

"Dia memang penyayang dan bertanggungjawab. Dia macam mak saya selepas mak dan ayah meninggal dunia. Kak Nyah (Noor Rahimmah) terlalu ambil berat mengenai kami adik-beradik, nak dengar suara dia yang kasar pun susah. Dia jarang marah, kalau dia marah, cakap dia pun masih lembut lagi," katanya.

Sementara itu, Yang Jamaliah, 67, kakak sulung Allahyarham, tidak dapat menahan sebak apabila bercerita mengenai adiknya.

"Kami tahu berita kehilangannya ketika berita kapal terbang terhempas disiarkan di televisyen. Selepas dipastikan, memang adik saya berada di dalam pesawat MH17. Bila kami dapat tahu, kami juga buat tahlil untuk arwah," katanya.

Beliau berkata Noor Rahimmah meninggalkan dua anak iaitu Ann Rahimah dan Johan masing-masing berumur 20-an.

Noor Rahimah pernah bertugas sebagai setiausaha di Kedutaan Malaysia di Jerman selain penterjemah di Geneva, Switzerland selepas mendirikan rumah tangga dengan Hipo-Litoner, 70-an.

Yang Jamilah berkata Allahyarham juga menguasai tiga bahasa asing iaitu Jerman, Perancis dan Sepanyol, katanya.

Pengebumian jenazah Noor Rahimmah akan dilakukan di tanah perkuburan milik keluarga mereka di Kampung Masjid Lama, Tambun, katanya.


"Saya boleh bercakap dalam bahasa Melayu tapi sikit-sikit. Saya akan cuba melakukan perkara yang sama sebab saya juga mempunyai darah kacukan Melayu," katanya.
Anne bersyukur kerana jasad ibunya ditemui dan majlis pengebumian di Ipoh, Perak berjalan lancar.
Arwah pernah berpesan dia mahu jasadnya dikebumikan di rumah keluarganya di Kampung Melayu Rizab, Tambun di sini, kata Anne.
"Kami tahu bahawa arwah akan pergi ke Ipoh, beliau suka sangat dan dari awal lagi kami tahu arwah mahu pergi ke Ipoh," katanya.
Anne berkata beliau dijangka pulang ke Switzerland pada Selasa ini dan kemungkinan akan tinggal di sini beberapa hari lagi untuk mengenali keluarga ibunya dengan lebih rapat.
"Masih banyak lagi perkara yang perlu diuruskan. Saya juga mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga dan saudara-mara di sini," katanya sambil menambah adiknya Johan, 26, akan datang ke sini untuk menziarahi pusara ibunya dalam masa terdekat.
Hasil perkahwinan itu membawa kepada kelahiran dua cahaya mata iaitu Ann Rahimmah dan adiknya, Johan, 26.

Namun, Johan tidak menghadiri majlis pengebumian Noor Rahimmah di sini kerana masih tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka telah kehilangan ibu untuk selama-lamanya.

"Johan akan pulang juga menziarahi pusara ummi. Dia ada memberitahu saya perkara itu. Cuma sekarang, dia masih memerlukan masa untuk menerima kenyataan bahawa ummi telah tiada," kata Ann Rahimmah.

Tambahnya, dia juga tidak menolak kemungkinan untuk berpindah ke sini memandangkan perkara itu pernah difikirkannya sebelum ini bagi mengekalkan warisan asal usul ibunya selain meningkatkan penguasaan dalam bahasa Melayu.

Suasana pilu ketika jenazah Allahyarhamah Noor Rahimmah Mohd Nor disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Lama, Tambun, Ipoh. Turut kelihatan anak Allahyarhamah, Ann Rahimah, 20, (baju putih) serta saudara mangsa tragedi MH17 itu.
Sementara itu, suami Allahyarham, Hippolyte Tournier, 72, yang merupakan pesara di sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva berkata beliau mengenali Rahimmah ketika sama-sama bertugas di PBB dan melangsungkan perkahwinan pada 1985.
"Saya mengahwini beliau dan datang melawat keluarganya pada 1985, saya baru berkahwin dengannya di Geneva dan arwah membawa saya berjumpa datuknya, yang merupakan imam masjid dan saya khuatir reaksi beliau terhadap saya.
Hipo-Litoner sebak seketika pada sidang media bersama anaknya, Anne Rahimah Tournier
"Tetapi saya tidak boleh lupakan melihat kegembiraannya, beliau amat mesra dan amat mengalu-alukan. Ia benar-benar mengharukan saya dan sangat istimewa bagi saya," katanya.
Beliau berasa amat bertuah mempunyai isteri seperti Rahimmah kerana sikap setianya terhadap keluarga.
Tournier yang berasal dari Uruguay, juga melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan negeri Perak di atas istiadat penghormatan jenazah yang berlangsung Jumaat lepas.

"Kami sangat bersyukur dengan layanan yang diberi kepada kami dengan penuh keprihatinan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan dan menerima kami dengan penuh kebaikan dan terbuka. Seluruh negara bersama kami, bersedih kehilangan orang tersayang," katanya.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine.
Rahimmah antara 43 rakyat Malaysia yang terbunuh dalam insiden itu.


no image
  • Title : MH17:Akhirnya Jenazah Ummi Balik Juga Di Kampong Halamannya
  • Posted by :
  • Date : 11:53
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top