/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday, 26 August 2014

MH17:Air Mata Isteri Gugur Di Pusara

NORMI Abdullah tidak dapat menahan tangis sewaktu menziarah pusara suaminya, Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang.

SEMALAM jenazah Allahyarham Mohd Ghafar Abu Bakar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang di sini.

Sepatutnya Allahyarham tiba di tanah air 39 hari lalu iaitu pagi 18 Julai, namun perjalanannya terhenti di timur Ukraine, apabila pesawat M17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di wilayah bergolak itu sehingga mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.
Hanya Allah yang tahu kepiluan serta betapa remuknya hati Normi Abdullah, iaitu isteri kepada Ketua Penyelia Anak Kapal serta tiga anaknya sebaik mendapat khabar yang menggemparkan dunia itu. Kepulangan yang dinanti 39 hari lalu hanya ada jawapannya semalam.
Mohd Ghafar kembali ke pangkuan Normi dan anak-anaknya tetapi diusung di dalam keranda berbalut bendera kebangsaan. Normi yang tenang ketika ditemui beberapa hari sebelum ketibaan jenazah ternyata tidak mampu menahan perasaannya sebaik jenazah teman hidupnya dibawa ke rumah dan seterusnya ke tanah perkuburan.
Esakan yang sarat dengan air mata adalah kemuncak kesedihan yang ditanggung selapa 39 hari kerana suaminya kini telah disemadikan dalam suasana yang amat menyayat hati biarpun diberi penghormatan negara tanda kehilangan Mohd Ghafar diratapi oleh semua.
Pagi ini, Normi bersama ibu dan bapa mertuanya iaitu Ismail Salleh, 76, dan Maimon Sarpan, 74, mengunjugi pusara Mohd Ghafar. Dalam sendu mereka membacakan surah Yaasin dan berdoa agar roh Allahyarham dilimpahi rahmat dan dosa-dosanya diampunkan.
Air mata tidak berhenti mengalir di pipi wanita yang pernah kehilangan seorang anak akibat kanser. Peritnya yang ditanggung Normi semestinya menyamai lara hati Ismail dan Maimon yang tidak pernah menduga Mohd Ghafar akan terlebih dahulu meninggalkan mereka. Sama-samalah kita sedekahkan 
Al-Fatihah.

MG
no image
  • Title : MH17:Air Mata Isteri Gugur Di Pusara
  • Posted by :
  • Date : 05:22
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top