/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday, 28 August 2014

Ketahui Seksaan Yang Paling Ringan Dalam Neraka Jahanam

Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak, dari Imran bin Zaid ats-Tsa’labi, dari Yazid ar Raqasyi, dari Anas bin Malik bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda, “Wahai manusia, menangislah. Kalau kamu tidak boleh menangis, pura-puralah menangis. 

Sesungguhnya air mata peghuni Neraka itu kelihatan berlinang diwajah mereka seolah-olah seperti sebuah anak sungai. Setelah air matanya habis, maka mengalirlah darah menggenangi mata sehingga boleh untuk berjalan sebuah perahu”.

Hadis yang serupa juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah, dari al-A’masy, dari Yazid ar-Raqasyi, dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda, 

“Tangisan dikirim kepada penghuni Neraka. Mereka terus menangis. Mereka akan terus menangis hingga menghabiskan air mata. Lalu mereka menangis mengeluarkan air mata darah sehingga kelihatan diwajah mereka seperti ada sebuah sungai yang boleh untuk belayarnya perahu”.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Nu’man bin Basyir bahawa Rasulullah bersabda, “Penghuni Neraka yang paling ringan seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seseorang yang dibahagian lekok sepasang tapak kakinya menyentuh dua longgok bara api dan terus membuat otaknya mendidih”.

Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari secara mauquf bahawa ia berkata, “Sesungguhnya penghuni Neraka menangis mengeluarkan air mata di Neraka. 

Begitu banyaknya air mata yang keluar sehingga boleh belayar sebuah perahu. Setelah air mata habis, mereka menangis mengeluarkan darah. Demi seperti yang mereka alami itu, maka hendaklah kamu menangis”.

Kata Syeikh al-Qurthubi (pengarang kitab ini), “Pekara itu bersumber dari maksud beberapa riwayat hadis yang telah dikemukakan diatas. Disebutkan didalam al-Quran surah at-Taubah ayat 82 mafhumnya, “Hendaklah mereka tertawa sedikit dan hendaklah banyak menangis, kerana balasan apa yang mereka usahakan”.

Disebut didalam sahih at-Tirmidzi sebuah hadis dari Abu Dzar bahawa Nabi saw. bersabda, 

“Demi Allah, seandainya kamu tahu apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan jarang tertawa dan akan selalu menangis. Sesiapa yang selalu menangis kerana takut dan khuwatir pada (seksa) Allah, nescaya ia akan selalu tertawa diakhirat nanti. Menceritakan soal penghuni Syurga, Allah berfirman, ‘Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada ditengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan azab)’. Dan bila menceritakan soal penghuni Neraka, Allah berfirman, ‘Dan apabila orrang-orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira’. Dan dari mereka kamu tertawa”.

*Sumber dari kubranewszamany.blogspot.com
Ketahui Seksaan Yang Paling Ringan Dalam Neraka Jahanam
  • Title : Ketahui Seksaan Yang Paling Ringan Dalam Neraka Jahanam
  • Posted by :
  • Date : 06:12
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top