Kisah semalam..........
Pengguna jalan raya gempar apabila melihat sepasang kekasih berpakaian pengantin melintas dalam keadaan separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf di sini, pagi ini.
Dalam kejadian itu, dilihat wanita berkenaan dalam pakaian berbikini putih dengan memakai kain layah (veil) manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang tanpa baju.
Keadaan pasangan pelik itu menjadi perhatian kepada beberapa pengguna jalan raya yang berhenti melihat pasangan itu melakukan penggambaran.
Malah, gambar pasangan itu telah mula menjadi viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook.
Seorang pengawal yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat pasangan itu berjalan tanpa segan silu di jalan yang sesak dengan pelbagai kenderaan berikutan ia waktu puncak.
Menurutnya, pasangan itu mula disedari berada di kawasan itu kira-kira jam 9 pagi.
"Mereka tidak lama berada di kawasan ini, hanya sekitar lima hingga 10 minit. Walaupun sekejap, ia mengundang perhatian kepada pemandu dan pekerja di kawasan sekitar," katanya.
Semalam menjadi kecuh, heboh riuh rendah bising gegak gempita satu dunia ,dimedan sosial mengenai sepasang " pengantin" dirakam sedang separuh bogel berkeliaran di Bandaraya Ipoh, Perak.
Sebenarnya itu bukan sepasang pengantin yang tulin tetapi model untuk sebuah majalah... Walau bagaimana pun pihak PDRM telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya dengan pantas dan tegas.. Tahniah!!!
ISU PASANGAN BERPAKAIAN MENJOLOK MATA DI PADANG IPOH
Polis Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang awam yang prihatin dengan keadaan semasa di Perak dengan menyalurkan gambar-gambar dan maklumat individu yang terbabit dalam sesi pengambaran pakaian pengantin yang menjolok mata berdekatan Padang Ipoh. Individu yang terlibat akan disiasat dibawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu Kelakuan Aib
0 comments:
Post a Comment