/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday, 26 August 2014

Gelung Besi Terlekat Pada Kemaluan


Malang bagi seorang lelaki berusia 23, tahun apabila tindakannya memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di  Kampung Dewan Beta, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit dikatakan  memasukkan gelung besi berkenaan ke bahagian kemaluannya selepas terjumpa besi berkenaan tidak jauh dari rumahnya .

Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Dia terpaksa meminta bantuan bapanya yang membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 3 pagi.

Namun, doktor tidak dapat melakukan rawatan kerana alat tersebut masih gagal dikeluarkan manakala alat sulitnya terus membengkak sehingga memaksa mereka memanggil  Bomba.

Ketua Zon Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Jamil Abdullah, berkata, memandangkan besi tersebut berada di kedudukan pada pangkal zakarnya operasi untuk mengeluarkan besi terbabit amat rumit.

Bagi tujuan itu, pihaknya  terpaksa memanggil unit bantuan perubatan kecemasan yang dihantar ke hospital bagi menyelamatkan mangsa yang sedang kesakitan.

“ Usaha untuk mengeluarkan besi berkenaan mengambil masa hampir dua jam dengan menggunakan pemotong khas.

“Kerja-kerja mengeluarkan besi itu, dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada mangsa. Sepanjang prosedur terbabit, mangsa tidak sedarkan diri selepas diberi ubat bius,” katanya ketika melawat mangsa di HRPZ II, petang semalam.

Jamil juga turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba sebarang aksi yang pelik dan merbahaya seperti yang dilakukan lelaki itu. Ia merupakan kes pertama yang dilaporkan di daerah ini.

Sementara itu, Sinar Harian menemui mangsa, tetapi dia enggan dikenali.

Katanya, dia buat begitu kerana “suka suka”.

“Saya jumpa benda itu dan saya pun cuba memasukkannya (ke alat sulit). Tapi lepas itu tak boleh dikeluarkan.

“Saya panik,  bagi tahu ayah, Dia terus membawa saya ke hospital,” katanya yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.

Ditanya sama ada dia sudah serik dengan kejadian itu, d
Gelung Besi Terlekat Pada Kemaluan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top