Tidak pernah terbayang didalam fikiran Mahmoud Solaiman, 29, yang merupakan ayah kepada "bayi ajaib" perkara ajaib seperti ini akan berlaku keatas dirinya. Perasaan beliau masih lagi dilanda kesedihan bercampur aduk dengan kebahagiaan yang sangat luar biasa.
Menurut info Mahmoud, dalam masa kehamilan isterinya, Jayne tidak pernah merasakan apa jua masalah pada diri beliau mahupun bayinya. Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, Jayne dilaporkan mengalami sakit kepala yang kuat dan jatuh pengsan. Jayne dihantar ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford. Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.
Para doktor juga telah memberikan 2 dos besar steroid sehingga jantung bayinya boleh berkembang dan selepas dua hari pasukan doktor bekerja keras akhirnya Aya si bayi ajaib itu boleh diangkat keluar melalui pembedahan cesar.
Nama Aya yang diberikan oleh si ayah diambil dari bahasa arab yang bererti keajaiban. Kebetulan juga, itulah nama yang ingin diberikan si ibu, Jayne, ketika dia masih hidup.
Sumber oopsshmedia.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment