/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday 22 July 2014

Simbol ‘Bintang’ Yahudi Hiasan Aidilfitri di Megamall?

'Star of David' atau Bintang David salah satu simbol yang begitu dekat dengan Zionis. Simbol itu boleh dilihat dipakai sebagai rantai oleh Yahudi dan merupakan logo di bendera Israel.

Dalam satu laporan Oh!Media, terdapat satu pasaraya di Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sempena sambutan Hari Raya ini. Pasaraya yang dimaksudkan adalah Megamall Pacific.

Menerusi laporan Oh!Media, agak mengejutkan apabila sebuah pusat pasaraya iaitu Megamall Pacific di Perai, Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sebagai hiasan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Simbol "Star of David" tersebut juga digunapakai dalam upacara sembahyang Yahudi dan selalu dibawa kemana-mana oleh Rabbi yahudi dan boleh disamakan sebagai salib.


Bagaimanapun mungkin ada kesilapan dalam isu ini kerana lambang Star of David tersebut begitu dekat dengan simbol bintang Rub al-Hizb yang digunakan sebagai penanda bagi penghujung surah dalam penulisan khat.


Harap pihak pasaraya tersebut dapat memberi respon kerana isu-isu seperti ini amatlah sensitif lebih-lebih lagi dibulan puasa dan ketika konflik yang berlaku antara Gaza dan Israel sekarang ini

Sumber www.siakapkeli.com
Simbol ‘Bintang’ Yahudi Hiasan Aidilfitri di Megamall?
  • Title : Simbol ‘Bintang’ Yahudi Hiasan Aidilfitri di Megamall?
  • Posted by :
  • Date : 03:05
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top