/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday 25 July 2014

Keadaan Terkini Wartawan Mazidul Akmal

Sudah lebih sebulan, wartawan Mazidul Akmal Sidik menerima rawatan akibat serangan angin ahmar di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Pada 25 Jun lepas, Mynewshub.my ada menulis laporan berkenaan serangan angin ahmar yang dialami Mazidul beberapa hari sebelum itu.

Kejadian yang menimpa Mazidul yang sebelum ini menjadi wartawan rancangan jenayah 999, dimaklumkan oleh rakannya penganalisis jenayah Dr Kamal Affendi Hashim.

Hari ini menerusi laman mediarfm.blogspot.com, ia memaparkan gambar terkini Maziul yang masih dilihat seperti separa sedar di hospital.

Menurut artikel di laman berkenaan, pembedahan membuang darah beku di dalam kepalanya.

Diharapkan semua rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Mazidul agar dapat kembali seperti sediakala dan kembali menghasilkan berita untuk tatapan orang ramai. 

Sumber mynewshub.my
Keadaan Terkini Wartawan Mazidul Akmal
  • Title : Keadaan Terkini Wartawan Mazidul Akmal
  • Posted by :
  • Date : 01:48
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top