Berkenaan kejadian ini, tahukah anda semakin banyak kejadian surah al-Kahfi hilang dari Al-Quran? Mulalah baca surah al-Kahfi ayat 1-10 & 100-110. Baca tiap-tiap hari, jangan lupa. Dajjal semakin hampir.
Jika anda masih kabur akan kejadian ini, Tonton dahulu sebelum respon -
"Dimaklumkan oleh Syeikh Farouq al-Hammad yang baru pulang dari mengerjakan umrah. Semasa jemaah umrah Syeikh dibawa ke kilang percetakan al-Quran King Abdullah di Madinah.
Salah seorang syeikh yang bertugas memantau penyusunan al-Quran beritahu satu rahsia yang amat mengejutkan. Syeikh tu beritahu setiap kali mesin mahu mencetak surah al Kahfi, pasti ada surah yang terpotong dan hilang sedangkan surah yang lain kemas dicetak. Bila diimbas melalui komputer, tidak berlaku kes lupa taip surah al-Kahfi. Tapi bila mesin mahu cetak, seolah-olah mesin pandai potong sendiri.
Persoalannya kenapa surah al Kahfi..? Dan ayat yang hilang tersebut adalah ayat ke 101-110,, ayat pelindung dari fitnah Dajjal." Saya juga belum dapat memastikan kesahihan perkara ini kerana tidak ada melihat video atau bukti jelas ia di ucapkan dari bibir Syeikh Farouq al-Hammad. Tapi yang saya pasti, Ustaz Fawwaz ada menyebutkan bahawa ada berita melalui panggilan telefon kepada Ustaz Fawwaz dari saudara di Yaman mengatakan sudah ada 8 orang ulama di Yaman yang bermimpi Dajjal telah keluar.
MENGIKUT PANDANGAN LAIN
TANDA-TANDA BESAR HARI KIAMAT
1) Diangkat Huruf al-Quran
Erti huruf al-Quran diangkat ialah huruf-huruf di dalam kitab suci al-Quran akan hilang. Ada 2 pendapat mengenai hilangnya huruf al-Quran ini.
Pengertian Pertama
Huruf-huruf al-Quran memang benar-benar hilang dari mashafnya. Kitab suci al-Quran akan menjadi kosong dari segala huruf.
Pengertian Kedua
Al-Quran hilang dari amalan manusia. Sebelum hilangnya al-Quran dari hidup manusia, akan ada tanda-tandanya terlebih dahulu. Iaitu ramai penghafal al-Quran akan meninggal dunia tanpa ada penggantinya. Manusia akan jauh dari al-Quran kerana tidak lagi fasih membacanya dan tiada yang boleh mengajarnya. Akhirnya akan sampai ke satu peringkat di mana tiada seorang manusia pun yang boleh membaca al-Quran. Di saat inilah al-Quran akan diangkat iaitu hilang kerana tidak diperlukan manusia lagi.
2) Manusia tidak mengerti kalimah ﻻﺍﻠﻪ ﺍﻻ ﺍﷲ
Ertinya manusia sudah tidak lagi mengenal ﺍﷲ . Manusia tidak lagi tahu untuk menyebut dan memahami erti kalimah tauhid dan kalimah syahadah. Keimanan telah lenyap dari hati mereka.
Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal
sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah
al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' Hadith
Muslim, Kitab Solat]
Hadis pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa
yg berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah
al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-lamanya
sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh
Allah dari ftinah atau huru hara Dajjal yg akan
diwujudkan Allah ketika dunia hampir kiamat.
Salah satu tanda akan kiamatnya dunia adalah
turunnya seorang makhluk yang disebut Dajjal
yang akan bermaharaja lela di dunia sebelum
kiamat dunia. Ketibaan Dajjal adalah satu
daripada tanda-tanda dunia akan kiamat.
Fitnah Dajjal disebut oleh
nabi s.a.w sebagai
fitnah yang terbesar akan menimpa manusia.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda (yang bermaksud) : “Sejak penciptaan Adam
sehinggalah terjadinya kiamat tidak ada perkara
lain yang lebih besar dari Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)
Wallahua'lam
0 comments:
Post a Comment