/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Sunday, 22 June 2014

MH370: Sunday Times Dakwa Polis Syak Kapt. Zaharie Suspek Utama

Polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan Pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, iaitu Kapten Zaharie Shah (gambar), lapor The Sunday Times, United Kingdom.

Akhbar itu melaporkan, Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat dibersihkan.

“Penyiasatan jenayah tidak menolak kemungkinan kerosakan mekanikal atau perbuatan pengganas, tetapi polis berpendapat jika ia adalah kerana tindakan manusia, maka Kapten adalah orangnya,” lapor akhbar itu.

Polis cawangan khas kini menumpukan penyiasatan ke atas Zaharie selepas semua yang lain di atas pesawat yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Beijing 8 Mac lalu itu dibersihkan.

Menurut media itu, polis sudah menemubual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie – seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial itu – tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.

Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh lain-lain termasuk pembantu pilot, Fariq Hamid dan lain-lain kakitangan di atas pesawat itu, lapor The Sunday Times.

Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi rehearsal pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di landasan yang pendek.

Ia dipadamkan dari simulator tersebut, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya. Sumber The Malaysian Insider
MH370: Sunday Times Dakwa Polis Syak Kapt. Zaharie Suspek Utama
  • Title : MH370: Sunday Times Dakwa Polis Syak Kapt. Zaharie Suspek Utama
  • Posted by :
  • Date : 13:24
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top