Menurut mereka, wanita tersebut menggunakan nama ‘Imashima Lola’.
Ternyata akaun tersebut sememangnya wujud dan kami turut menemui gambar yang memaparkan wajah wanita yang dipercayai ibu remaja tersebut.
Bezanya, gambar yang bertarikh 18 Mac 2012 tersebut memperlihatkan sisi yang cukup berbeza kerana dia dilihat lebih berisi dan terurus.
Biarpun belum ada kenyataan sahih mengesahkan bahawa akaun tersebut milik ibu remaja terbabit, namun kami yakin dialah pemiliknya.
Memang banyak persoalan yang berlegar dengan penemuan akaun terbabit termasuklah:
1. Bagaimana si ibu boleh kelihatan agak bergaya sedangkan anaknya dibiarkan memakai pakaian reput?
2. Mengapa si ibu mempunyai masa untuk melayari laman sosial berbanding menguruskan anaknya yang dibiarkan tinggal dalam bilik kotor?
Apapun, mungkin hanya wanita itu sahaja yang mampu memberikan jawapan tepat mengenai perkara ini. Wallahu a’lam…
Sumber mynewshub.my
0 comments:
Post a Comment