Ibu remaja ini Puan Lola didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan. Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Flat Taman Semarak, Nilai, antara Januari lepas hingga 21 Jun lepas.
Yang sedihnya, Puan Lola terus mengaku langsung tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
Puan Lola berasal dari Sabah dan bapa Firdaus merupakan suami pertama yang telah bercerai pada 2002 dan meninggal dunia pada 2012.
Bagi pertuduhan mengabaikan anaknya itu, wanita itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda hingga RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pertuduhan meninggalkan anak tanpa pengawasan dibuat mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.
Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Julai bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hanif Hassan.
Muhammad Firdaus kini ditempatkan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan pemulihan.
Sumber hotlips-yuya.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment