Siapakah di sebalik nama Dyana Sofya ini?
Nama wanita ini sejak beberapa hari ini sering menjadi sebutan di laman sosial facebook dan twitter. Mungkin ramai yang hairan dan ingin tahu siapakah orang disebalik nama ini.
Nama sebenar, Dyana Sofya Mohd Daud adalah merupakan Setiausaha Politik pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Wanita ini menjadi sensasi di laman sosial apabila dicalonkan menjadi calon DAP untuk Pilihanraya Kecil(PRK) Teluk Intan. Dyana adalah wanita berbangsa Melayu dan menyertai DAP.
Kebanyakan enyokong parti politik bangsa Melayu yang tidak suka dengan tindakan Dyana Sofya ini kerana memihak kepada parti DAP yang dikatakan “Rasis Cina”. Pelbagai perkara buruk diperkatakan mengenai Dyana Sofya di laman sosial antaranya adalah “Melayu tidak mengenang budi” dan sebagainya.
Dyana teruk dihentam oleh penyokong parti politik khususnya dari Barisan Nasional mengenai isu UiTM yang dimana Dyana Sofya mempertikai kemasukan UiTM adalah untuk Orang Melayu sahaja.
Apa yang mengejutkan lagi, tersebar juga gambar seksi Dyana Sofya yang kelihatan berbikini.
Namun kesahihan citer itu tidaklah diketahui. Adakah betul, adakah tak betul.
Sekian sahaja dari Mak Jemah ye. Ish.. Ish.. Ish..
0 comments:
Post a Comment