/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Monday, 27 October 2014

Suami Sibuk Dengan Laptop,Isteri Tidur Sendirian Sampai Pagi

harap baca di waktu malam

 copy/pste email:

Salam En. H***a,
Saya ada baca tentang entry encik  berkenaan jika si ......................................isteri menolak keinginan suami untuk bersama, akan menimbulkan marah pada suami, dan malaikat akan laknat si isteri sampai ke subuh.


Bagaimana pula, jika si suami menolak ajakan isteri?.


Terus terang, semenjak berkahwin awal tahun lepas, suami saya sibuk dengan laptopnya,
Dan saya sering tidur sendirian sampai pagi untuk ke pejabat. Boleh di kira, berapa kali dia tido bersama saya sampai ke pagi.


Pernah saya tegur suami saya, dia kata semenjak bujang dia memang gemarkan gadjet-gadjetnya..


Dan pada akhir tahun lepas juga, Alhamdulillah kami telah dikurniakan cahaya mata yang sangat comel.


Dan semenjak itu jugalah, baby saya akan tido bersama saya sampai ke pagi. Manakala ayahnya masih sibuk dengan laptopnya, bukan buat kerja office, tetapi tengok movie, baca blog, buat blog, kadang-kadang baca buku agama.

Dan kebiasaannya, dia hanya berdiam diri tidak bekomunikasi. Hanya dengan gadjetnya sahaja.
Dan semenjak baby lahir jugalah, suami saya selalu cakap tidak mahu mengadakan hubungan kelamin, takut cepat sangat nanti ada adik. 


Jadi semenjak itu jugalah, apabila saya ajak dia bersama. Macam-macam alasan dia beri, malas mandi, takde mood.
Kalau di kira sekarang umur baby dah 12 bulan,... dan dia hanya suka ringan-ringan je. Dan selalunya, dia mengelat.


Saya kadang-kadang jadi muram di ofic. Kadang-kadang saya menangis tanpa punca. Saya sedih dengan keadaan saya sekarang.


Nak kata suami saya ada perempuan lain, dia selalu di rumah lepas ofice.


Saya pun tak tau macam mana nak buat dah. Ada sampai saya terfikir nak lari ke rumah mak. Walau rumah mak sekangkang girafah dengan rumah kami, tapi famili saya semua orang kuat ugama. Confirm, saya kena halau semula pergi rumah suami saya.


Saya tak tau pada siapa perlu saya cerita perkara ni. Harap Encik dapat memberi ketenangan pada jiwa ni.


Yang benar,
Isteri Runsing

*********************
Jawapan dari bukan Ustaz...

Salam..

Laki kau tu boleh masuk neraka jika mati depan PC tanpa sempat bertaubat.., berdosa hukumnya tak bagi nafkah seks pada isteri dengan sengaja.., Hurghh..!, (mengeluh) aku pelik betul pada lelaki yang dah ada bini, tapi boleh pulak tengok bini macam tikus tengok besi.., lepas tu kau cakap laki kau suka tengok movie.., esh, aku tengok iklan movie ‘salt’, tak boleh tahan dah.., tengok bibir Angelina Jolie terus aku cium bini aku.., belum lagi tengok iklan alat senaman! Woha!

Salah satu tujuan kahwin adalah untuk bersetubuh puas puas, tapi jika dapat pasangan yang dingin, memang naya.., Hurghh..!, (mengeluh)..

Ada sahabat nabi Muhammad SAW, yang sibuk dengan tahajjud, bila isterinya mengadu pada Nabi, maka Nabi nasihat sahabatnya itu agar luangkan masa bersetubuh dengan isteri.., tapi laki puan, setakat sibuk dengan laptop dan blog ugama? Apa kejadah?

Cuba bagi link blog suami puan aku nak tengok, apa isi kandungan dia, berapa follower dia? Berapa ramai komen entry dia? Bernas tak bernas pilihan entry dia? Boleh?

Nak jugak aku tahu apa orang yang dah lama tak bersetubuh menulis..

Hurghh..!, (mengeluh sambil geleng geleng kepala)

Akupun tulis blog, bila tulis blog kadang kadang takde idea, tapi lepas berjimak, idea datang mencurah curah.., mintak maaflah sebab ada entry aku ditulis dalam keadaan hadas besar..

Kepada suami puan yang ada blog ugama, cuba tulis satu enrty berkenaan: dosa tak bagi nafkah seks pada isteri..
Jika takde idea, aku bagi bahan:-

Ni point penting untuk entry :Hukum tak bagi nafkah seks pada isteri..

  • Seks bukan hanya hak suami tetapi juga hak isteri. Allah taala berfirman yang bermaksud "Kamu adalah pakaian bagi mereka dan mereka adalah pakaian bagi kamu." (Al-Baqarah : 187)
  • Berdosa menyusahkan pasangan, Firman Allah"Dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka." (At-Talaq : 6)
  • Di dalam hukum Islam terdapat hukum iilaa' iaitu apabila suami bersumpah tidak mahu menggauli isterinya lebih dari empat bulan, maka isteri boleh mintak cerai dan tak berdosa isteri buat demikian. Jika suami tak nak menceraikan isterinya, maka Hakim Mahkamah Syariah boleh menceraikan mereka.
  • Iilaa’juga boleh terjadi tanpa perlu suami bersumpah, yang mana suami apabila dengan sengaja tak nak bersetubuh, maka hukumnya sama, isteri boleh mintak cerai selepas 4 bulan, (pendapat Imam Malik)
  • Jika terbukti suami mati pucuk, dan Isteri takut berzina atau buat dosa lain, maka isteri boleh memohon bercerai secara taklik, atau suami ceraikan dengan rela…, jika tak nak, maka suami akan tanggung dosa isteri berzina, dan akhirnya isteri dan suami tadi dua dua masuk neraka.., sebab sorang berzina, sorang lagi tak nak ceraikan buat isteri dia berzina…
Boleh tulis entry macam tu?

Hurghh..!, (mengeluh)

Ok, Balik kepada puan, aku rasa mungkin suami puan ada masalah seks, seperti lemah tanaga batin, atau lambat terangsang..,

Nasihat aku mudah sahaja,


Jika puan masih sayangkan suami puan,

Aku cadangkan,

Apa kata puan beli pil Viagra atau Buah Goji (Wolfberry China) dan bancuhkan secara rahsia dalam air kopi suami puan.., (cara bancuhan perlu rujuk kepada doctor takut terlebih dos), lepas tu hidang pada suami puan, dan bersedialah untuk mandi wajib!


Hamkakeretamayat
no image
  • Title : Suami Sibuk Dengan Laptop,Isteri Tidur Sendirian Sampai Pagi
  • Posted by :
  • Date : 11:47
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top