/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Saturday 27 September 2014

Imej baru papar permukaan dasar laut zon pencarian MH370 sama seperti Banjaran Antara Atlantik

Imej beresolusi tinggi menunjukkan permukaan dasar laut di kawasan terpencil di mana pesawat Boeing, B777 dipercayai terhempas.


Penyiasat pesawat MH370 mendedahkan peta bewarna permukaan dasar laut dengan harapan ia dapat membantu mereka mencari pesawat yang hilang itu.

Imej beresolusi tinggi yang dikeluarkan semalam itu merupakan peta paling terperinci yang pernah direkodkan di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi di mana pesawat Boeing, B777 dipercayai terhempas.

Kajian yang dipanggil bathymetric itu sepatutnya menyediakan petunjuk kepada pasukan penyiasat apabila mereka melakukan operasi pencarian fasa kedua - pencarian yang lebih teliti di permukaan dasar laut.

"Data bathymetry beresolusi tinggi yang dimiliki kini menunjukkan lebih banyak ciri-ciri yang terdapat di dasar laut untuk kali pertama," kata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Antara ciri-ciri terperinci dasar laut yang didedahkan oleh kajian bathymetric itu ialah rabung berketinggian 300 ela dan kedalaman jurang 1,500 ela daripada permukaan dasar laut.

Ia berpusat di Rabung Broken yang berusia 100 juta tahun, sama seperti Banjaran Antara Atlantik terletak antara Amerika Syarikat dan Eropah.  

Pesawat membawa 239 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu hilang daripada skrin radar pada 8 Mac.
no image
  • Title : Imej baru papar permukaan dasar laut zon pencarian MH370 sama seperti Banjaran Antara Atlantik
  • Posted by :
  • Date : 13:44
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top