/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday 19 September 2014

Suka Pakai Baju Ketat:Memang Terbaik Jawapan Dari Che Ta

 Sememangnya penampilan Rozita Che Wan di mana-mana majlis sinonim dengan pakaian dan gaun yang ketat serta mengikut bentuk tubuh badannya.

Jarang sekali atau tidak pernah langsung kita lihat beliau mengenakan pakaian yang berbentuk jubah dan tidak ketat sejak bergelar artis.

Dengan usia pelakon dan pengacara itu yang sudah mencecah usia awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yang baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya dianggap sangat penting.

Bagaimanapun, mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yang ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yang memintanya berubah dan belajar tampil kurang seksi.

Rozita Che Wan yang ditemui wartawan mempunyai jawapan dan penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun ketat. Katanya, mengenakan pakaian ketat mengikut bentuk badan bukan sahaja dapat membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan malah dapat mendisiplinkan diri dalam aspek pengambilan kuantiti makanan.

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."
Suka Pakai Baju Ketat:Memang Terbaik Jawapan Dari Che Ta
  • Title : Suka Pakai Baju Ketat:Memang Terbaik Jawapan Dari Che Ta
  • Posted by :
  • Date : 09:25
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top