/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday 19 September 2014

Puteri Sarah Liyana Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya


Berita terbaru BBA dapat dari sumber rapat Puteri Sarah Liyana mengesahkan pelakon manis ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada hari jumaat yang lalu.Berita ini juga disahkan oleh ibu mertuanya iaitu Datin Patimah Ismail.

Datuk Yusof Haslam memaklumkan kemalangan ini dikatakan tidak memberi kecederaan kepada Puteri Sarah Liyana dan hanya mengakibatkan bahagian sisi kiri keretanya remuk teruk dan perlu dihantar bengkel untuk dibaiki.


Syamsul yang tiada pada hari kejadian tersebut kerana terlibat dengan filem 'Misteri Long Piah' di Klang, Selangor bersama adiknya Syafiq turut bergegas pulang sejurus saja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. Berita sedih itu turut mendapat reaksi peminat yang rata-rata terkejut dengan berita sedih tersebut serta mendoakan agar Puteri Sarah cepat sembuh seperti sedia kala.

Mengulas lanjut mengenai kemalangan kecil tersebut, ianya berlaku kira-kira jam 7:00 petang ketika Puteri Sarah mahu pulang ke rumah untuk mengambil barang. Semasa ianya berlaku pintu kereta sebelah pemandu remuk teruk akibat rempuhan dari kenderaan yang lain. Walaubagaimanapun, Datin Patimah bersyukur kerana tiada kecederaan parah berlaku dan mengharapkan agar menantunya itu kembali pulih dari trauma serta cepat sembuh.
Puteri Sarah Liyana Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya
  • Title : Puteri Sarah Liyana Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya
  • Posted by :
  • Date : 13:05
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top