/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Friday 19 September 2014

Pelajar UiTM Shah Alam Maut Dirempuh Kereta



Semalam kami di kejutkan dengan satu berita menyayat hati dimana seorang penuntut perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Shah Alam telah maut akibat dirempuh kereta dalam kawasan kampus.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa  Fatin Farah Faraddia yang merupakan pelajar Fakulti Sukan UiTM berkenaan dalam perjalan pulang dari kuliah bersama kawannya apabila secara tiba-tiba sebuah kereta dipandu pensyarah merempuhnya dengan kuat.

Kesan dari rempuhan tersebut mangsa mengalami pendarahan dalaman dan cedera parah serta dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Melalui soal siasat yang dilakukan,pensyarah tersebut didakwa mengalami masalah kesihatan dan pengsan ketika sedang memandu menyebabkan keretanya bergerak laju tanpa kawalan dan merempuh mangsa.

Pihak UiTM telah menyediakan bas khas bagi rakan-rakan mangsa melawat dan menghadiri majlis pengebumian di rumah mangsa.Al-Fatihah kami ucapkan dari warga kerja blog BBA.Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Pelajar UiTM Shah Alam Maut Dirempuh Kereta
  • Title : Pelajar UiTM Shah Alam Maut Dirempuh Kereta
  • Posted by :
  • Date : 02:04
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top