/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Saturday, 13 September 2014

Nasib Sedih Gunja Devi Kerana Melahirkan Anak Perempuan

Seorang wanita berusia 25 tahun , Gunja Devi didakwa telah dikurung dalam bilik air selama tiga tahun  oleh suami dan mertuanya  kerana tidak memenuhi permintaan mas kahwin mereka, lapor Malaysia Nanban.
Mangsa berjaya diselamatkan oleh polis dari sebuah rumah di kampung Rambagh, kira-kira 140km timur laut Patna di Bihar, India Utara, pada hari Jumaat lalu.
Wanita tersebut ditemui dengan rambut dan kuku yang  tidak terurus, dan dalam pakaian koyak, Dia juga mengalami kesukaran untuk membuka matanya dalam cahaya matahari kerana telah hidup di bilik mandi yang  gelap selama tiga tahun.
Dilaporkan bahawa wanita itu adalah dari kampung Patsan di daerah Darbhanga.
Dia berkahwin dengan Prabhat Kumar Singh pada tahun 2010. Tetapi tidak lama selepas perkahwinan itu, suaminya dan mertuanya  didakwa mula mendera beliau, menuntut mas kahwin  yang lebih.

Penderaan bertambah teruk apabila permintaan mas kahwin tidak dipenuhi dan semakin memuncak apabila dia melahirkan seorang anak perempuan dan bukannya seorang anak lelaki.
Dia tidak dibenarkan untuk melihat ibu bapanya. Apabila saudara-mara wanita tersebut mahu berjumpa dengannya , mereka telah dihalau dari situ .
Beliau juga telah dihalang daripada berinteraksi dengan sesiapa sahaja di luar.
Wanita itu diselamatkan selepas bapanya Shyam Sundar Singh mengadu kepada polis Darbhanga.
Polis telah memfailkan kes terhadap suami dan kedua mertua wanita tersebut . Wanita tersebut kini berada di bawah jagaan keluarganya.
[ Via The Star Online , Gambar dari BBC News India ]
no image
  • Title : Nasib Sedih Gunja Devi Kerana Melahirkan Anak Perempuan
  • Posted by :
  • Date : 13:11
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top