/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Monday, 15 September 2014

Muka Ramli MS Kelat Diusik Bab Kahwin Oleh Zizan Dalam AF

Duduk depan televisyen malam tadi. Bukannya apa. Sebab nak tonton AF2014lah!


Suka..suka...suka. .... suka sangat dengan apa yang pihak Astro persembahkan dalam AF2014 kali ini. Pentas meletup, begitu juga dengan sistem tatacahayanya. 

Cuma sound mikrofon rendah sangat, jadi adakalanya vokal peserta-peserta tak berapa nak dengar. Tapi, secara overall memang AF2014 kali ini bersemangat dan ada umpph. 

Lebih baik daripada yang dululah. Tahniah buat team produksi AF2014.

Anyway, banyak momen-momen menarik dalam AF2014 . Salah satunya adalah apabila hos AF2014, Zizan Razak yang ditemani Jihan Musa mengumumkan nama Dato'Ramli MS sebagai salah seorang pengkritik. 
Dengan memberikan kata-kata hint seperti seorang pemuzik, seorang pengarah muzik, namanya besar dan baru-baru ini kisah peribadinya telah terbongkar....siapa lagi kalau bukan Dato' Ramli MS kan. 
Sewaktu Ramli MS keluar, seraya itu lagu Alyah iaitu Kisah Hati dimainkan. Tak tahu camana nak describe muka Ramli MS masa tu. 
Macam tension jugaklah bila lagu Alyah jadi lagu latar yang mengiringinya kemunculannya di dalam program tersebut. 
Kemudian bermulalah usikan demi usikan daripada Zizan dan Jihan kepada Ramli tentang isu perkahwinannya dengan kata kunci perkataan bongkar. 
Setiap kali diusik, Ramli memberikan senyuman yang agak sinis dan adakalanya kelat,  
Dan, bila Zizan sekali lagi buat lawak tentang isu bongkar, Ramli terus melahar Zizan dengan mengatakan bahawa kenyataan Zizan itu. "Tak kelako'. Muka Zizan terus berubah, Terus jadi gabra.
Dan, rasanya inilah antara momen-momen menarik dalam AF2014 kali ini.Tapi sporting jugalah Ramli MS masa tu. 
Diharapkan Ramli MS akan terus bersikap sporting menerima usikan-usikan sebegitu lagi pada episod-episod yang akan datang. 

Kecualilah dia dah bagi warning, jangan usik dia lagi. Siapa tahukan?

kredit:Muraibatu
no image
  • Title : Muka Ramli MS Kelat Diusik Bab Kahwin Oleh Zizan Dalam AF
  • Posted by :
  • Date : 17:52
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top