/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Monday 22 September 2014

MH17:"Pegang Bantal & Selimut Terasa Tangan Memeluk Ali"

JUNAIDAH Basiron mengemas barang milik anaknya, Allahyarham Mohd Ali Md Salim di sebuah rumah di J H van den Broekstraat, Rotterdam, Belanda.


"Kami lega, syukur semua urusan selesai dengan mudah. Terima kasih semua yang mendoakan, yang membantu kami.
"Terima kasih kepada semua," kata Md Salim Sarmo, bapa kepada Allahyarham Mohd Ali Md Salim, mangsa nahas MH17.

Md Salim yang tiba di Rotterdam bersama isteri dan lima anaknya sejak Ahad lalu bertujuan mengemas barang-barang peninggalan Mohd Ali di rumah sewanya dan di Universiti Erasmus di bandar ini.

Malaysia Gazette menaja dua tiket penerbangan untuk ahli keluarga Md Salim, manakala empat tiket lagi disumbangkan oleh MAS.

Di Rotterdam, Md Salim turut menutup akaun bank.

Md Salim berkata, semua barang anaknya - buku-buku dan pakaian akan dibawa bersama mereka yang dijadualkan pulang pada Sabtu ini.

Manakala barang-barang besar seperti katil tilam, bantal dan meja belajar akan ditumpang dalam kargo salah seorang penuntut Malaysia yang bakal tamat pengajian di sini.

"Semua barang beliau akan dibawa balik untuk dijadikan kenangan kepada kami sekeluarga.

MD Salim Sarmo bersama Uncle Jo dan ahli keluarganya mengemaskan barang Allahyarham Mohd Ali Md Salim di Universiti Erasmus, Rotterdam Belanda

"Yang tinggal hanya basikal yang digunakan Ali untuk ke universiti, mungkin rakan-rakan dia di sini boleh menggunakannya," katanya perlahan.

Kali terakhir Mohd Ali bertemu dengan seluruh ahli keluarganya pada sambutan Hari Raya tahun lalu.

Semasa nahas MH17, Mohd Ali dalam perjalanan pulang untuk bersama-sama meraikan Hari Raya tetapi dijadual tiba di Pagoh pada 19 Julai.

Beliau merancang untuk membeli belah di Kuala Lumpur sebagai persediaan menyambut Hari Raya bersama-sama keluarganya.

Ibu Mohd Ali, Junaidah Basiron berkata, antara banyak barang milik Mohd Ali, beliau mahu menggunakan bantal dan selimut anak itu.

"Bila pegang bantal dan selimut ini, terasa tangan memeluk Ali," sayu suaranya dengan linangan air mata.

Memandangkan barang-barang peninggalan Mohd Ali terlalu banyak, bapanya merancang untuk menyediakan satu bilik bagi menyimpan barangan tersebut.

"Kami akan buat almari pakaian, jadi adik beradik boleh guna jika mahu tapi kena simpan semula elok-elok.

"Arwah ni penjimat orangnya, pakaian, buku-buku semuanya dijaga dengan baik sebab dia bukan jenis boros," kata Md Salim.

Manakala sehelai, dua  pakaian Mohd Ali akan dihadiahkan kepada rakan baiknya, Azuwa yang juga sudah dianggap sebagai anak sendiri, tambah Junaidah.

MG
no image
  • Title : MH17:"Pegang Bantal & Selimut Terasa Tangan Memeluk Ali"
  • Posted by :
  • Date : 06:43
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top