/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday 16 September 2014

Lorong Khas Bagi Pengguna Tegar Telefon Bimbit


Inilah lorong pertama khusus diwujudkan untuk pengguna telefon bimbit tegar.
Laluan sepanjang 30 meter itu mempunyai lorong dicat putih untuk mereka yang sentiasa terpaku pada skrin telefon masing-masing.

Ia mempunyai gambar telefon yang dilukis di atas jalan, perkataan ‘telefon bimbit’ dan garis putih yang memisahkan lorong itu dengan lorong lain. Lorong itu diwujudkan sebagai reaksi kepada peningkatan jumlah mereka yang ketagih dengan telefon bimbit yang kini menjadi isu besar di China.

Idea untuk mewujudkan lorong khas itu bagaimanapun dilihat ditiru dari satu projek dalam program televisyen di saluran National Geographic yang disiarkan awal tahun ini.

Program itu mendapati hanya segelintir orang mengubah laluan mereka walaupun selepas melihat tanda lukisan di atasnya.


Bagaimanapun, pihak berkuasa di China berkata penanda itu akan membantu untuk mengingatkan pejalan kaki bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengguna telefon ketika berjalan. 
Lorong Khas Bagi Pengguna Tegar Telefon Bimbit
  • Title : Lorong Khas Bagi Pengguna Tegar Telefon Bimbit
  • Posted by :
  • Date : 23:26
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top