/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday, 10 September 2014

Kejamnya Manusia

Kekejaman yang dilakukan sesetengah manusia sememangnya di luar jangkaan.

Dan satu klip video di Facebook yang dimuatnaik Deejay Nesh pada 5 September menunjukkan kekejaman yang dilakukan sesetengah pihak, walaupun tanpa provokasi.


Video sepanjang 50 saat itu dirakam berdekatan beberapa rumah kedai tanpa penghuni. Ia menunjukkan seorang budak lelaki bertubuh gelap memegang seekor anak anjing.

Sambil tersenyum, budak itu memegang ekornya dan mengangkat anjing itu. Kemudian, dia memegang kepala haiwan dan memusingkannya.

Anak anjing menyalak perlahan sambil budak lelaki terus memusingkannya sebelum dia melontarkan haiwan itu tinggi di udara.

Anak anjing kemudian jatuh ke bumi dan terus tidak bergerak, kemungkinan telah mati.

Budak lelaki itu terus tersenyum kerana mengetahui aksinya telah dirakam.
Dia mengangkat anak anjing itu sekali lagi, dan terus melontarnya di udara.
Dengan penuh rasa seronok, budak lelaki itu melakukan kekejamana berterusan ke atas haiwan malang. Mengapa agaknya?

Orang yang merakamkan aksi tersebut juga mungkin tidak rasa bersalah langsung.

Di hujung video, seorang lagi budak  lelaki dilihat memukul budak lelaki itu dalam keadaan seronok.

Apa yang dilakukannya?

Ahli psikologi Nanthini Ramalo memberitahu theantdaily bahawa sikap kanak-kanak diasuh oleh ibubapa mereka.

“Kadang-kala apabila kanak-kanak takutkan kucing, ibu akan memberinya sesuatu untuk dibaling ke arah kucing bagi meredakan ketakutan. Apabila anjing masuk ke rumah, bapa pula mengejar dan memukul haiwan itu dengan kayu.

“Anak melihat semua ini dan kemudian menirunya,” ujar beliau.
Nanthini berkata ibubapa perlu sedar tindakan mereka akan sentiasa diperhatikan anak-anak dan kemudian ditiru.

Dalam kes budak lelaki di dalam video itu, Nanthini turut melihat tekanan yang diberi rakan-rakan.

“Dalam kes ini, ia mungkin bersifat cabaran daripada rakan-rakan kerana dia sedar sedang dirakam. Ibubapa boleh mengawasi dengan siapa anak-anak mereka berkawan,” katanya.

Nanthini menegaskan bahawa ibubapa perlu mendidik anak-anak dari kecil bagaimana melayan haiwan dengan rasa hormat.

Di laman Facebook mereka, Deejay Nesh menulis kata-kata berikut: “Siapa tahu kanak-kanak ini? Mesej (kami) jika anda mengenalinya.

“Sebarkan video ini supaya PDRM dan Pasukan Penyelamat Haiwan Malaysia memulakan siasatan!”
Beberapa hari kemudian, Deejay Nesh menulis lagi: “Jika anda tahu kanak-kanak ini, tolong hantar mesej kepada Deejay Nesh atau hubungi laman Pasukan Penyelamat Haiwan Malaysia (MIAR). SMS Cik Puspa.”

Video menyayat hati itu menyebabkan pengguna Facebook berterusan mencaci budak lelaki tersebut.

Seorang pengguna Rossle Abu Bakar bertanya: “Gila ke ape budak ni? Cuba kita buat kat dia mcm ni ... biar dia rasa kesakitan anjing tu ... bodoh!

Haslinda Ismail menulis: “Oh my God! I am totally shocked! How can such a young boy be so mean? Please everyone! We must make sure he is punished severely. His parents too, for not educating their son!

(Oh Tuhan! Saya amat terkejut. Mengapa kejam sekali? Tolonglah! Dia perlu dihukum. Ibubapa juga perlu dihukum kerana gagal mendidik anak!”

Janice Rees berkata: “I hope you find him and teach him a lesson. Together with his friends who filmed him doing this. They should spend some time behind bars. If they get away with this, they will do it again. Kill a puppy today and a person tomorrow

(Saya harap kamu jumpanya dan ajar budak ini. Juga kawan-kawan yang merakam aksinya. Mereka perlu ditahan. Jika dibiarkan. Takut lain kali buat lagi. Hari ini anjing, esok manusia pula”

Jasvinder Kaur berpendapat budak itu perlu dipenjara sementara TC Koh berkata: “Beri pesakit otak ini lebih dari dua sebatan.”

Terdapat 750 komen pada jam 6 petang 8 September. Pengguna di luar Malaysia juga menyatakan kekecewaan mereka kerana tingkahlaku yang ditunjukkan.

Terdapat pengguna Facebook yang mendakwa budak itu daripada Seremban dan kumpulannya sering membuat kacau.

Laman sosial media nampaknya digunakan sebagai platform bagi bertindak terhadap kekejaman ke atas haiwan. Ramai yang mengutuk tindakan tidak berhati perut sebegitu.

Pihak berkuasa perlu menjejaki mereka bagi mengajar mereka agar tidak menyakiti haiwan sekali lagi.



Di St. Louis County, Missouri, dua juvana ditahan dan didakwa dalam bulan Februari kerana menzalimi haiwan. 

Aksi mereka tersebar menerusi Facebook.

Panggilan telepon ke pihak berkuasa mencurah-curah selepas itu dan pihak polis St. Louis County menyatakan kegusaran bahawa sikap kejam itu akan kemudian dilakukan kepada manusia lain.

Tidak mungkin haiwan tersebut hidup selepas dilayan begitu buruk oleh si budak dan rakan-rakannya.

Mereka wajar dijadikan contoh agar kita semua tidak lagi menzalimi haiwan tidak berdosa.
-LM

no image
  • Title : Kejamnya Manusia
  • Posted by :
  • Date : 11:33
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top