/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Thursday 18 September 2014

Isu Kabur Foto:Ziela Jalil....Cuba Lagi Ye..

Semalam Ziela Jalil menimbulkan satu kontroversi apabila memuatnaik gambar yang dikaburkan di bahagian dada. Pelbagai teori timbul di kalangan para pengikutnya. 

Ada yang kata baju jarang, ada yang kata terdedah di bahagian itu, ada yang kata ketat sangat dan macam-macam lagilah. Secara asasnya apabila sesuatu gambar dikaburkan, ia bermakna bahagian tersebut tidak elok ditengok atau tak wajar dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Hari ini menerusi Harian Metro, Ziela Jalil merungkaikan segala misteri mengenai teknik pengkaburan yang dilakukan olehnya. Kata Ziela Jalil:-
Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muat naik gambar itu di Instagram. Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula.
Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu.

 Ada beberapa tips untuk Ziela Jalil untuk mengelakkan lagi kontroversi sebegini berlaku. 

Pertama jangan pakai baju ketat. Pakai jubah pun pasti akan terserlah kejelitaan anda. 

Kedua sebelum muat naik gambar, perhatikan betul-betul terlebih dahulu. Kalau ketat sangat, tak payah muat naik terus. Simpan untuk koleksi peribadi. Ketiga, muat naik gambar ‘selfie’ sahaja. Tak nampak terus bahagian dada. 
Selamat dunia akhirat. 

Beautiful Nara
no image
  • Title : Isu Kabur Foto:Ziela Jalil....Cuba Lagi Ye..
  • Posted by :
  • Date : 14:03
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top