/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Sunday 21 September 2014

Ibu Terakam Foto Perempuan Misteri Berambut Panjang Di Rumah Panjang,Sarawak

Seram. Itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu dari sebuah rumah panjang di kawasan daerah kecil Pantu apabila kamera telefon bimbit mereka tertangkap gambar makhluk halus baru-baru ini.

Kisah seram terbabit bermula apabila sebuah keluarga meninjau rumah baharu mereka yang masih sedang dibina dalam kawasan rumah panjang berkenaan pada waktu tengah hari. 

Memandangkan rumah baharu tersebut sedang memasuki fasa hampir siap, maka ibu bertindak menangkap beberapa gambar anak perempuannya di situ dengan menggunakan kamera telefon bimbit untuk diabadikan sebagai kenangan.

Tiba-tiba si ibu terkejut apabila mendapati salah satu gambar yang ditangkap olehnya mengandungi susuk makhluk halus berambut panjang, kata seorang penduduk dari rumah panjang itu ketika ditemui kelmarin.

Katanya, makhluk halus berkenaan telah memberi 'belakang' terhadap kamera telefon bimbit tersebut sehingga anak perempuan yang cuba digambarnya terhadang oleh susuk terbabit. 

Rumah baharu tersebut kononnya dibina di kawasan denai lama dalam rumah panjang berkenaan. Kata orang, laluan denai lama tersebut juga adalah merupakan laluan makhlus halus.


Justeru adalah dipercayai bahawa kedudukan rumah yang dibina atas laluan denai lama menyebabkan makhluk halus berkenaan muncul dalam kamera telefon bimbit tersebut, kata beliau.


SERAM... Inilah foto Susuk makhluk halus yang berjaya ditangkap dalam kamera telefon bimbit milik seorang ibu yang cuba mengambil gambar anak perempuannya (dihadang oleh susuk berkenaan) di rumah baharu di Pantu baru-baru ini.
no image
  • Title : Ibu Terakam Foto Perempuan Misteri Berambut Panjang Di Rumah Panjang,Sarawak
  • Posted by :
  • Date : 12:16
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top