/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Tuesday, 16 September 2014

Hubungan Raja Azmi Dan Suami Baru Mula Dilanda Badai




Tak pasti seteruk mana pulak badai yang melanda rumahtangga yang dibina Raja aAzmi Raja Sulaiman dengan suaminya, Eddie yang juga pemain bass kumpulan CRK itu. 

Namun, apa yang pasti, rumahtangga yang mereka dirikan sejak penghujung tahun lalu itu memang tengah goyah dan ianya dikatakan berpunca kerana salah faham. 

Salah faham pasal apa, tak tahu pula, tapi yang pasti, ia membuatkan hubungan mereka berdua sedikit kurang lancar sehinggakan mereka berdua jarang dilihat bersama sejak kebelakangan ini.






Kronologi Cinta Raja Azmi & Eddie:

Eddie secara jujur memberitahu bahawa pada awalnya, dia sendiri bagaikan tidak percaya apabila Raja Azmi sanggup mengenali serta berkawan dengannya secara serius. 

"Saya diperkenalkan dengan Raja Azmi oleh anak saudara saya. Pada mulanya saya teragak-agak juga kerana siapa yang tidak kenal dengan Raja Azmi. Dia seorang produser filem yang berpengaruh serta dikenali ramai. ""Kalau hendak dibandingkan dengan saya, memang jauhlah.

 Bagaikan langit dengan bumi. Malah, cerita-cerita yang berkaitan dengannya juga seringkali mengundang kontroversi. "Tapi, kata orang tak kenal, maka tak cintaka? . Waktu mula-mula jumpa di showcase NRG pada 15 Februari awal tahun ini, hatis aya berdebar-debar juga.

 Sebab bimbang kalau-kalau, kami tak dapat nak sesuaikan diri. "Tapi, waktu pertama kali jumpa dengan dia, hati saya sudah suka dan tertarik dengannya. Macam jatuh cinta pandang pertama. 

Dan setelah makin lama mengenali dia, makin saya rasa suka dan senang dengan dia. "Sebab, dia seorang wanita yang simple dan boleh masuk dalam dunia saya dan sangat merendah diri. Malah, dia juga mempunyai sifat keibuan yang saya inginkan. 

Selain daripada itu, dia juga cukup mmahami kerjaya saya sebagai seorang pemuzik. Mungkin, ianya juga disebabkan kami datang dari latar belakang yang sama iaitu dunia hiburan. 

Dia juga banyak memberikan sokongan dan idea untuk saya mengembangkan kerjaya saya sebagai pemuzik. "Keluarga saya dan anak-anak juga sudah kenal dengan dia. Mereka juga sangat menyenangi dia (Raja Azmi). Senang kata, keluarga merestui hubungan kami," katanya .

 Menurut Eddie lagi, pada awalnya dia memang menghadapi cabaran untuk mendekati anak-anak Raja Azmi. "Sebabnya anak-anak Raja Azmi masih mempunyai bapa mereka lagi.

 Jadi, tidak mungkinlah mereka dapat menerima seseorang yang baru di dalam hidup ibu mereka. Lainlah macam anak-anak saya. 

Mereka kematian ibu. Jadi, kehadiran Raja Azmi di dalam hidup mereka ibarat mengisi kekosongan ibu mereka yang telah lama pergi.

 "Jadi, berbalik kepada anak-anak Raja Azmi tadi, saya cuba untuk mendekati mereka dengan cara saya sendiri iaitu dengan menilai karektor dan keperibadian mereka serta apa yang mereka suka dan apa yang tidak. 

"Alhamdulillah, saya rasa sekarang ini, mereka juga sudah boleh terima kehadiran saya dalam hidup ibu mereka," katanya. 

Jelas Eddie lagi, waktu dia mula-mula mengenali Raja Azmi, dia pernah memberitahu rakan-rakan pemuzik dan rakan-rakan lama sekolah bahawa dia sedang bercinta dengan produser filem terbabit. "Serius, waktu saya mula-mula cakap dengan diaorang, mereka langsung tidak percaya dan menganggap saya sengaja berlawak.

 Tapi, lama-kelamaan bila mereka tahu yang betul saya ini sedang menjalinkan hubungan dengan Raja Azmi, masing-masing tumpang gembira dan mengucapkan tahniah buat saya," katanya lagi. 

Tambah Eddie lagi, dia dengan Raja Azmi juga sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga iaitu dengan memilih tarikh untuk bertunang pada 15 Julai dan melangsungkan perkahwinan pada 15 September. 
"Kedua-dua tarikh ini dipilih selepas kami berbincang dengan keluarga masing-masing," katanya. Dalam perkembangan lain, Eddie juga bakal mengadakan reunion bersama anggota kumpulan CRK.
Hubungan Raja Azmi Dan Suami Baru Mula Dilanda Badai
  • Title : Hubungan Raja Azmi Dan Suami Baru Mula Dilanda Badai
  • Posted by :
  • Date : 10:15
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top