/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday, 3 September 2014

Cincin Ratusan Ribu Untuk Artis Wanita Dicari,Pejabat Istana Kelantan Temui Media, Ada Kaitan Isu Perkahwinan?

Sudah menjadi kebiasaan dunia selebriti apabila dikaitkan dengan golongan VVIP atau kerabar diRaja. Malah tak hairan jika ada sesetengah selebriti wanita yang terjun ke dalam bidang seni semata-mata untuk menarik perhatian golongan ini supaya dijadikan isteri atau paling tidak pun teman wanita. 


Terbaru difahamkan ada kerabat diRaja yang telah berkunjung ke sebuah butik barangan kemas mewah antarabangsa di Pavilion untuk bertanyakan berkenaan sebentuk cincin berlian bagi dihadiahkan kepada kekasih hatinya. 

Khabarnya, kerabat diRaja itu sangat simple orangnya dan beliau tidak memerlukan pengiring yang ramai untuk menemaninya membeli-belah, sekali pun untuk masuk ke butik barangan kemas berkenaan.

 Daripada info yang didengar, kerabat itu sangat ringkas dan datang ke butik berkenaan dengan hanya menyarungkan seluar denim dan kasut jenis loafer. 

Khabarnya, pemuda yang hanya ditemani seorang pengiring atau pembantu itu telah bertanyakan tentang sebentuk cincin berlian yang khabarnya bernilai ratusan ribu ringgit. 

Mungkin ramai yang tertanya, bagaimana kami tahu bahawa cincin yang dicari oleh kerabat itu ditujukan untuk seorang selebriti wanita popular? 

Jawapan senang saja, kalau tak ada angin, bagaimana pokok bisa bergoyang? Untunglah nasib selebriti wanita terkenal itu. Sudahlah cantik, ada kekasih yang sudi menghadiahkan dengan sebentuk cincin berjenama mewah. 

Pasti ramai wanita di luar sana yang akan makan hati. Mungkin juga cincin yang dicari itu merupakan cincin melamar atau bertunang kerana kejadian itu berlaku sebelum Ramadhan lalu lagi.


 Cincin Ratusan Ribu Untuk Artis Wanita

Gosip pasal artis yang nak kahwin dan yang sudah pun selamat bernikah memanglah selalu kita dengar.
 Impak yang datang dari berita perkahwinan selebriti tidak sehangat dan eksklusif seperti zaman sebelum ini. Malah kini lebih banyak yang palsu dari yang benar.
Semalam  satu entri daripada blog milik seorang guru mengenai khabar angin yang kini menjadi hebahan seantero negeri.
Tak lain tak bukan pasal aktres dan pengacara comel molek Neelofa yang bakal disunting menjadi suri kepada kerabat tertinggi di negeri Kelantan itu.
Neelofa tetap mengunci kalamnya daripada sebarang kenyataan walaupun ada pihak yang tampil meyakinkan sumber yang dimiliki masing-masing sahih dan benar.
Tetapi di dalam blog Noor Mala Shahar, blogger itu telah berkongsi cerita tentang pertemuan yang dibuat oleh Pejabat Istana Kelantan dengan pengamal media baru-baru ini.
Namun, pertemuan tersebut tidak ada kena-mengena dengan isu Neelofa.
Sebaliknya, ia diadakan bagi tujuan merapatkan hubungan orang media dan istana. Media diberi taklimat berhubung tugas dan tanggungjawab pihak terbabit selain beberapa agenda yang bakal dianjurkan bersama antara Kelab Media Kelantan Darul Naim dengan Pejabat Sultan Kelantan.
Namun tindakan bijak Neelofa yang enggan mengulas mengenai hal ini kerana ia melibatkan pihak dan individu yang merupakan kerabat diraja. 
Jika tersalah bicara akan menimbulkan perkara-perkara yang diluar jangkauan minda kita sebagai rakyat biasa.
Tetapi jika benar pun memanglah cocok sekali Neelofa untuk bersanggah di atas singgahsana negeri Kelantan yang merupakan tanah tumpah anak kelahiran Pasir Mas itu. 
Cerita ini semua tersebar rentetan daripada pertemuan aktres itu dengan bekas MB Kelantan serta keputusannya untuk berhijab.
Apa-apa pun pasti Neelofa akan tambah berseri kalau jadi permaisuri kan?
 Cincin Ratusan Ribu Untuk Artis Wanita Dicari,Pejabat Istana Kelantan Temui Media, Ada Kaitan Isu Perkahwinan?
  • Title : Cincin Ratusan Ribu Untuk Artis Wanita Dicari,Pejabat Istana Kelantan Temui Media, Ada Kaitan Isu Perkahwinan?
  • Posted by :
  • Date : 22:56
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top