SHAH ALAM 12 SEPT: Seorang guru tidak menolak kemungkinan dalam membocor soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dibuat rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan.
Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, beliau berkata perbuatan itu mungkin dilakukan sebagai protes berikutan sistem pendidikan sedia ada membebankan guru dan ‘mengarut’.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pandangannya yang tidak sehaluan dengan kementerian. Beliau berpendapat, dalang yang membocor soalan itu mungkin bertujuan cuba memenuhi indeks pencapaian yang ditetapkan kementerian. |
0 comments:
Post a Comment