Nampak seperti karier lakonan isterinya, Ayu Raudhah akan tamat kerana Zaquan tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sekali lagi seperti dalam filem Lagenda Budak Setan 3.
Adakah dengan kata-kata ‘No more shooting’ atau dalam bahasa Melayunya, ‘tiada lagi penggambaran’ membawa makna karier Ayu Raudhah sebagai seorang pelakon telah berakhir?
Difaham kalau Zaquan Adha tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan seperti di dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Iyerlah Zaquan kan pemain bola jadi tak faham selok belok dunia lakonan.
Namun ini juga membawa makna lakonan isterinya dan pelakon-pelakon lain menjadi. Orang kata nampak ‘real’ sampai suami sendiri tak sanggup tengok.
Diharap kata-kata yang diluahkan oleh Zaquan itu hanyalah ‘heat of the moment’. Rugi benar rasanya jika Ayu Raudhah disuruh berhenti berlakon.
Ayu antara pelakon yang berbakat besar. Namun keputusan terletak di tangan Zaquan.
Sila bawa berbincang. Mungkin boleh baca skrip dulu sebelum memberi kebenaran isteri anda menerima sebarang tawaran lakonan.
BN
Wednesday, 10 September 2014
- Blogger Comments
- Facebook Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment