/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Saturday 20 September 2014

Bapa Bangga Adam Adli Dipenjara

Aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim disabitkan atas tuduhan menghasut dan dihukum setahun penjara semalam kerana ucapannya pada forum 13 Mei tahun lalu. 

 Dipenjarakan kerana menghasut adalah "menyusahkan", tetapi bagi aktivis pelajar Adam Adli Abd Halim, beliau tidak takut dengan kemungkinan kehidupannya berakhir di penjara.
Sebaliknya, pelajar undang-undang itu memberitahu , setahun di dalam penjara baik untuk pengajian dan perjuangannya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, undang-undang warisan penjajah British.

Beliau disabitkan bersalah semalam apabila Peguam Malaysia meluluskan protes terhadap undang-undang era kolonial yang digunakan secara meluas sejak beberapa bulan lalu.
"Mungkin menyusahkan sikitlah keseluruhan proses masuk penjara, seperti saya perlu menggunting rambut saya. Tetapi saya akan baik-baik sahaja. Saya boleh beri tumpuan kepada pengajian saya di dalam penjara," kata Adam Adli.
"Setahun di penjara agak keterlaluan. Tetapi jika itu yang diperlukan untuk mendidik orang ramai mengenai apa itu Akta Hasutan dan mengapa kita menentang undang-undang zalim ini, jadi biarlah."
Adam Adli, 25, disabitkan atas tuduhan menghasut dan dihukum setahun penjara semalam kerana ucapannya pada forum 13 Mei tahun lalu.
Beliau mempersoalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan meminta rakyat Malaysia berdemonstrasi jalanan bagi menggulingkan Barisan Nasional (BN) daripada Putrajaya.
Mahkamah semalam membenarkan beliau menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000.
Adam Adli berkata akan meneruskan kempen di seluruh negara menentang Akta Hasutan 1948 dengan kumpulan Gerakan Hapus Akta Hasutan dan Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan.
Pendorong Adam Adli adalah bapanya sendiri, Abd Halim Abd Hamid, pesara kakitangan awam yang mengiringi beliau di mahkamah semalam.
Abd Halim, 54, memberitahu beliau akan kecewa jika anaknya membenarkan hukuman penjara melemahkannya memerangi Akta Hasutan.
"Walaupun saya tidak mahu dia dipenjarakan, saya berbangga kerana anak saya berani menegakkan kebenaran.
"Dan jika dia dipenjarakan, saya akan berasa bangga kerana anak saya dipenjarakan kerana memperjuangkan hak rakyat Malaysia."
Seperti Adam Adli, Abd Halim menentang sepenuhnya Akta Hasutan, dan percaya mereka tidak perlu berhenti berjuang sehingga ia dimansuhkan.
"Jika kita perlahankan usaha melawan kejahatan, bermakna kita berputus asa. Kita mesti pastikan ia terus relevan supaya isu ini tidak dilupakan.
"Jadi, jika Adam perlahan, saya akan menolaknya. Selagi kerajaan mengekalkan Akta Hasutan, kita akan berjuang," kata Abd Halim.
Adam Adli, anak sulung daripada dua beradik lelaki, aktivis pelajar kedua dipenjarakan kerana menghasut. Bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 5 September.
Safwan disabitkan dengan kesalahan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan semasa forum yang sama pada 13 Mei.

no image
  • Title : Bapa Bangga Adam Adli Dipenjara
  • Posted by :
  • Date : 10:41
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top