
Teringat pada tahun 2008 dahulu, terbang bersama India Air dari Riyadh ke Bombay. Anak kapal membuat pengumuman
"Ladies & Gentlemen, we will be serving you some refresment shortly, however due to Saudian air regulation, we can't serve you alcohol beverages while we are on the Saudian air" (Bayangkan English mereka lebih baik lagi dengan slang Kajol speaking English)Saya senyum bangga. Not bad juga kerajaan Arab Saudi kerana mengharamkan semua penyediaan alkohol di atas ruang udara Saudi. Belum habis lagi bangga itu, anak kapal membuat pengumuman kedua
"Ladies & Gentlemen, we are now flying on UAE air space, and we are now serving you liquor" (pengsan)
Walaupun diharapkan dalam ruang udara Saudi, tetapi syarikat penerbangan masih ada pilihan untuk menghidangkan arak dalam penerbangan. Sekurang-kurangnya ada regulasi yang dibuat oleh kerajaan Saudi, selebihnya ialah pilihan syarikat penerbangan. Untuk ruang udara Malaysia, arak masih halal dihidang atas kapal terbang. Regulasi kerajaan membenarkan dan syarikat penerbangan juga menghidangkan.
Secara komersil, saya fikir ia tidak rugi langsung untuk MAS berhenti menghidangkan arak dalam penerbangan termasuk melonggarkan pakaian pramugarinya dan memberi pilihan pramugari untuk bertudung. Hari ini, saya ulas untuk arak dahulu.
1. Sebahagian kecil kaki minum yang teringin sangat nak minum arak murah atas penerbangan dan tidak kisah layanan kelas kedua ala-ala bas ekspres Puduraya. Mereka ini akan bertukar ke penerbangan lain asalkan boleh minum arak.
2. Kehilangan kaki arak itu akan berganti oleh sheikh-sheikh, habib-habib, ustaz-ustaz dan muslimin juga muslimat yang selama ini sanggup memandu 10 jam dari KL ke Kota Bharu kerana tidak mahu subahat dengan mencarum wang tiket mereka untuk MAS teruskan menjamu arak dalam penerbangan. Ini juga boleh berlaku jika pramugari mula mengenakan pakaian yang tidak mencolok mata.
3. Peningkatan penumpang dalam sektor antarabangsa terutama dari negara Islam Timur Tengah yang terpaksa bersabar dengan pramugari dan pramugara penerbangan Timur Tengah yang kadangkala agak kasar (di kelas Ekonomi terutamanya) tetapi tidak menghidang arak.
4. Kebanyakan penumpang yang minum arak di dalam penerbangan bukannya mahu sangat dengan arak, tetapi sudah ada pilihan minuman itu, maka mereka ambil lah. Cuba jika tiada, mereka pun tidak meroyan mana. Arak yang dihidang dalam penerbangan pun bukanlah dari jenis-jenis yang mahal sehingga penumpang akan rasa terkilan jika tidak meminumnya. Jika yang edan sangat pun, turun sahaja dari pesawat mereka masih boleh cari di kedai serbanika dan dapatkannya dengan harga yang murah.
5. Jadikan MAS satu-satunya atau penerbangan pertama di Malaysia yang tidak menghidangkan arak dalam penerbangan. MAS akan menang empathy dari penumpang beragama Islam dan dalam masa yang sama masih mengekalkan pelanggan bukan Islam atas layanan yang baik.
Nasi lemak telanjang MAS
6. Bajet arak bila ditiadakan boleh digunakan untuk menaiktaraf hidangan makanan dalam pesawat. Upgrade "nasi lemak telanjang" menjadi pelbagai hidangan yang menarik. Sebagai pengembara, kita mengambil MAS salah satu sebab besarnya kerana ia MALAYSIAN HOSPITALITY termasuk makanannya. Sekurang-kurangnya boleh beri satey 5 cucuk dalam kelas ekonomi. Kaki arak pun tahu timbang tara jika tiada arak, tapi ada satey.
7. Agensi pelancongan pasti akan memberi rekomendasi tertinggi untuk MAS sebagai penyedia perkhidmatan penerbangan yang tidak ada arak dan tiada pramugari seksi.
8. Sebahagian besar pramugari dan pramugara serta juruterbang, ground staff sehingakan agen-agen jualan sebenarnya tidak redha atau separuh hati kerana terpaksa menghidangkan arak (kerana polisi syarikat) akan menjadi lebih bersungguh-sungguh dalam memberi khidmat mereka kerana mereka tahu...pesawat yang mereka naiki itu SYARIAH COMPLIANCE. MAS akan bertambah produktif bila kakitangannya mula memberikan 100% semula.
9. Arwah atuk saya mengamuk tak bertegur dengan pakcik saya yang kata nak pergi interview pramugara katanya nanti kerja hidang arak. Ok, ini tiada kena mengena tapi saya rasa orang dulu lagi sensibel fikiran mereka.
10. Jika babi diharamkan dari hidangan atas pesawat, mengapa tidak arak kan? Pemakan daging babi pun masih terbang bersama MAS walaupun tiada hidangan babi, begitu juga jika tiada arak...mereka juga akan terbang lagi bersama MAS.
11. Rokok diharamkan takut kabin terbakar itu logik. Rokok elektronik juga diharamkan katanya mengganggu penumpang lain dengan baunya. Sebagai pengembara, saya juga sangat terganggu dengan bau arak jika orang sebelah saya meminumnya. Kenapa tidak kita haramkan arak sekali dalam penerbangan semudah kita mengharamkan rokok elektronik pelbagai perisa kan?
Dalam posting ini juga, saya ucapkan Selamat Pulang korban-korban pesawat MH17 pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada anda semua.
JIKA TIADA ARAK DI ANGKASA,ADAKAH MAS AKAN BANGKRAP
SAIFUL NANG
Penyokong Penerbangan Malaysia
0 comments:
Post a Comment