/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday, 10 September 2014

Apa Yang Bahaya Sangat Bila Berseluar Ketat Nampak Bonjolan Ala-ala Zizan...

 Apabila Zizan yang mengacara konsert pertama AF2014 muncul dengan memakai seluar ketat sehingga ternampak bonjolan di tempat yang tak sepatutnya, memang kecoh dibuatnya. Terkejut semua orang yang menonton.


Memberi penerangan, Zizan memaklumkan perkara tersebut berada di luar kawalannya. Seluar itu telah pun ditempah mengikut saiznya namun apabila dipakai, terketat pula di bahagian itu. Kata Zizan:-
Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya. Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.
Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan.
Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marh pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula?
Benda pun dah jadi tak boleh nak buat apa dah, tapi untuk minggu depan saya akan lebih peka dan hati-hatilah.
Cuma memang saya tak sedar dari awal lagi sebab banyak aspek lain kena fokus pada malam itu termasuk skrip dan kandungan program.
                               
Apa Yang Bahaya Sangat Seluar Ketat Zizan Tu....Baca Ni...

Trend memakai seluar ketat di kalangan kaum lelaki seperti skinny atau slim fit kini sudah menjadi senario biasa.
 
Bagi meminati seluar jenis itu, mereka berpendapat memakai seluar yang ketat dilihat lebih kemas kerana mengikut bentuk kaki, paha dan punggung serta tidak nampak menggelebar di mata orang.
 
Dalam dunia hiburan, ramai juga selebriti yang gemar memakai seluar ketat.
 
Macam Zizan ketika mengacarakan Konsert Akademi Fantasia 2014 (AF2014) semalam.
 
Gara-gara seluar yang dipakai terlalu ketat, maka mula tersembul bayangan alat sulit pengacara yang juga pelawak itu.
 
Rata-rata penonton yang menonton AF2014 di kaca televisyen meluahkan rasa tidak puas hati dengan gaya seluar itu.
 
Ini kerana bila kamera dizoomkan kepada Zizan, mata penonton terganggu dengan bentuk benjolan akibat cawat pendek dan seluar yang ketat itu.
 
Begitulah budaya pakaian dunia hiburan hari ini. Jika dulu, artis wanita yang gemar memakai baju ketat untuk menayangkan 'aset' mereka, kini artis lelaki pun lebih kurang sahaja.
 
Mungkin Zizan tidak sedar seluar yang dipakai itu terlalu ketat tapi pihak produksi AF2014 perlulah mengambil berat bab pemakaian.
 
Bukan apa, gangguan mata satu hal. Ini kerana daripada segi kesihatan, pemakaian seluar terlalu ketat tidak baik buat kaum lelaki.
 
Ini kerana menurut pakar perubatan dan kesihatan dari United Kingdom, Dr. Hilary Jones, pemakaian seluar ketat boleh menyebabkan testikel terbelit, pundi kencing menjadi lemah dan jangkitan pada saluran air kencing. 
 
Selain itu, jumlah sperma juga akan berkurangan dan memudahkan jangkitan kulat gara-gara seluar berfesyen ini.
 
Pada masa sama, memakai seluar yang ketat dalam tempoh masa yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah jangkitan pada saluran air kencing akibat gangguan aktiviti pada pundi kencing. 
 
Ia boleh dikatakan kelemahan pundi, punca jumlah sperma menurun dan.jangkitan kulat. 
 
Atau lebih tepat, menurunkan faktor kesuburan akibat kepanasan di celah kelangkang.
 
Jadi, buat Zizan dan kaum lelaki lain yg obses dengan seluar ketat berhati-hatilah.
 
Sebenarnya tak salah berfesyen, tapi buat apa jika membawa kemudaratan buat diri sendiri

hurrmmm...lelaki...take note!!
no image
  • Title : Apa Yang Bahaya Sangat Bila Berseluar Ketat Nampak Bonjolan Ala-ala Zizan...
  • Posted by :
  • Date : 15:15
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top