/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday, 24 September 2014

Abby Terkejut Bila DiGelar Farhan 'Abby Ababi'

Selepas satu-satu kontroversi yang melanda Abby Abadi dan bekas suaminya Farhan, jika semalam kami siarkan artikel berkenaan Farhan berkenaan isu hutang dengan Abby Abadi.
Buat yang ketinggalan, pada minggu lalu Abby telah pun membuat laporan polis mengenai Farhan yang didakwa ‘melarikan’ wangnya bernilai puluhan ribu ringgit.
Tapi, sekeping foto perbualan Farhan dengan rakannya nyata membuat kami terkesima. Siap ‘bahasakan’ Abby sebagai Abby ‘Ababi’ lagi. Agak biadab juga lah kan?
Ini lagi antara perbualan Farhan & kawan2 dia… Ada yg cakap Sy siarkan sebab nk malukan dia? Sy malukan dia ke atau dia yg cuba nk menjatuhkan maruah Sy sebelum ni?
Cuba baca tengok dia panggil Sy apa……. Nak lawan meh dtg jumpa lahhh.. sembang dalam FB dgn kawan2 je mcmana nk selesainya…..
Sejujurnya, Sy tak pernah dera dia.. tak pernah. Anak3 Sy pun Sy tak pernah dera… Nak dera dia utk apa? Pelik2 je statement Farhan ni tp ada je yg back up…..
Alahai….. Sekali lagi ulang: Sy disini utk jelaskan keadaan…… Sy nkkan hak Sy. Kalau ada jalan utk dptkan bgtahu ye….. Terima Kasih. Yg sudah tu sudah, yg berlalu biar berlalu ye Farhan ye…
Hal rumahtangga Sy takde cerita pun.. Tiada siapa pun tahu apa punca keadaan ni… main2 agak2 sendiri je.. Sekarang Sy cuma nkkan hak Sy…
SILA YE SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN. Diammmm buat bodoh je… Bila siarkan di media, respon pun tunjuk kebodohan juga baik cal/msg Sy terus. Apapun Sy maafkan utk segala tuduhan sebelum ini & tulisan ini.
Bila dah terjadi perkara sebegini, ada juga yang mempersoalkan tindakan mengejut Abby dahulu untuk berkahwin dengan lelaki yang dianggap ‘tidak matang’ seperti Farhan.

Namun, segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT dan nampaknya Abby tidak pernah berputus asa untuk mempertahankan haknya.
Mungkin dek kerana alasan itu, Abby juga telah memuat naik sekeping lagi foto komen Farhan yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dirinya.

Ini antara print screen yg kawan sekolah Farhan hantar pd Sy ttg respon Farhan bila Sy siarkan di media ttg ‘hal2 yg bertangguh’ tu…. Mmg betullah tu akaun dia.. tp Sy taktahu sbb Sy dah tak ber Fb pun skrg… hanya di page & disini saja…
Sy dah ajak selesaikan cara baik… tp dia mmg lepas tangan mcm tu jer.. Bila media siarkan baru nk beri respon.. itupun bukan nak selesaikan. Burukkan Sy pula.
Mmg tiada ilmu langsung tentang tanggungjawab. Minta tengok cermin selalu ye Farhan & kawan2nya… Sy cuma minta hak Sy….. Sebelum nk keluarkan apa2 kenyataan, fikir dulu…. Kalau mampu nk jawab depan ALLAH nnti, teruskan
Erm..sebenarnya hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang terjadi dalam sehinggakan Abby dan Farhan kini boleh diumpamakan seperti ‘anjing dan kucing’. Dua-dua tidak mahu mengalah dan saling bercakaran.
Apapun, semoga mereka menyelesaikan masalah dengan cara yang berhemah. Mereka boleh di umpamakan seperti ‘anjing dengan kucing’.

Bersemuka lebih baik daripada berbalah di laman sosial. 

Ops...belum reda kisahnya dengan bekas suami timbul pula kisah Abby dan teman lelaki barunya....

Amboi, amboi, amboi. Walaupun sudah menafikan yang jejaka ini adalah bukan kekasihnya, nampak gaya hubungan Abby Abadi dan Khairul Azli lebih daripada sekadar kawan biasa. 

Mana tidaknya, lain macam kejutan yang dilakukan oleh Abby bersempena dengan hari jadi si kacak ini. Memang ‘suprise’ betul-betul. Kalau  jadi Khairul Azli, memang terharu tahap langit ke tujuh. Best kot dapat kejutan sebegini.

Abby pun nampak bahagia dan tersenyum girang di sebalik belon-belon berbentuk ‘love’ itu. Kalau betul-betul ada hubungan lebih daripada sekadar kawan, apa salahnya kan?

 Solo pun dah solo dah. Sekali pandang, nampak macam sama cantik dan sama padan jugak kan? Harap-harap ada berita gembira untuk Abby dan Khairul Azli.


Mungkin Khairul Azli ada kegembiraan buat Abby Abadi di kala kontroversi dengan bekas suaminya, Farhan sedang hangat meletus sekarang ini. Sekurang-kurangnya ada orang untuk mendengar masalah Abby. 

Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Terima kasih kepada Miss Leped untuk informasi awesome ini. Anda memang power!! Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.





no image
  • Title : Abby Terkejut Bila DiGelar Farhan 'Abby Ababi'
  • Posted by :
  • Date : 09:43
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top