/*delete ----------------------------------------------- */ /*delete ----------------------------------------------- */

Latest News

Wednesday, 24 September 2014

3 Kelab Liga Inggeris Yang Berbelanja Besar



Liga Perdana Inggeris sudah memasuki perlawanan yang ke-6 minggu ini.Macam-macam kejutan yang telah kita saksikan antaranya prestasi Manchester United dan Liverpool yang terumbang ambing dan juga kecemerlangan Chelsea mendahului takhta liga.

Dalam keseronokan menonton setiap perlawanan,ramai yang tidak sedar akan kejutan pada musim ini apabila beberapa kelab yang dahulunya dikategorikan kelab mewah melakukan perbelanjaan yang sedikit berbanding kelab lain.

Disini BBA senaraikan 3 kelab Liga Perdana Inggeris(EPL) yang membuat perbelanjaan besar musim ini bagi memantapkan skuad mereka.








3.Liverpool FC

Liverpool mengejutkan ramai peminat EPL apabila mempamerkan prestasi cemerlang musim lalu menewaskan pasukan gergasi EPL yang lain apabila menduduki tempat kedua liga dibelakang Manchester City.Dengan kehadiran penyerang berbisa Luis Suarez dan gandingannya Sturridge,Liverpool berjaya membelasah kebanyakan pasukan dengan jumlah jaringan yang besar.

Namun pada akhir musim 2013/2014, Liverpool terpaksa melepaskan Suarez kepada Barcelona yang membuat tawaran perpindahan lumayan untuknya.Liverpool terpaksa membeli beberapa pemain untuk mengisi kekosongan antaranya Mario Balotelli.Walaupun berbelanja hampir $117 Juta untuk membawa masuk muka baru,prestasi pasukan tetap tidak memuaskan dan mengecewakan peminat.

Hasil penjualan beberapa pemain memberi pulangan sebanyak $72.87 Juta menyebabkan Liverpool hanya berbelanja $44.13 Juta sahaja musim ini.








2. Arsenal FC

Arsenal yang dikenali sebagai pasukan pengeluar bakat muda nampaknya telah melakukan beberapa kejutan sehingga tersenarai dalam pasukan berbelanja besar musim ini.Arsenal menduduki tangga keempat EPL pada musim lepas dan layak untuk memasuki Liga Juara-Juara Eropah.

Arsenal musim lalu mengejutkan ramai pihak dengan pembelian pemain yang terkenal dengan hantaran lintang berbahaya iaitu Mesut Ozil dengan nilai $42.5 Juta dan seterusnya membeli Alexis Sanchez pula musim ini dengan nilai perpindahan $35 Juta.Prestasi Arsenal buat masa ini amat memuaskan dimana mereka menduduki tempat keempat liga selepas mengharungi 5 perlawanan.







1. Manchester United FC

Menyenaraikan Manchester United dalam senarai kelab berbelanja besar pastinya amat pelik kerana kelab ini sudah bertahun berjaya membawa masuk pemain-pemain handal dengan harga yang murah disamping melahirkan pemain berbakat dari akademi sendiri.Dari zaman Sir Alex Ferguson,jumlah perbelanjaan Manchester United tidak pernah mencecah $50 Juta kecuali pada musim 12/13 dimana beliau mengumumkan persaraannya dan menyerahkan kepada David Moyes.

Manchester United musim lalu melalui zaman kejatuhan mengejut selepas persaraan Alex Ferguson apabila bekerja keras untuk menduduki tangga ketujuh liga,rekod terburuk sejak musim 1990/1991 apabila mereka menduduki tempat keenam liga.Pada musim pertama David Moyes telah berbelanja hampir $67 Juta dengan membeli Maroune Fellaini dan Juan Mata namun hanya menerima pulangan $1 Juta dengan penjualan Scott Wootton.

Musim ini pula dengan kehadiran pengurus baru iaitu Van Gaal,Manchester United mengejutkan dunia apabila berjaya membawa masuk 5 pemain berbakat dan dua daripadanya ialah antara pemain terbaik dunia iaitu Falcao dan Di Maria.

Van Gaal telah berbelanja sebanyak $145.5 Juta manakala menerima pulangan hanya $32.3 Juta hasil penjualan Danny Welbeck,Alexander Buttner dan Shinji Kagawa menyebabkan Manchester United terpaksa berbelanja $113.2 Juta untuk itu.Prestasi Manchester United juga amat mengecewakan pada musim ini apabila hanya mencatat satu kemenangan selepas 5 perlawanan dengan kekalahan besar 5-3 keatas Leicester City baru-baru ini.





Mampukah Manchester United kembali bangkit untuk mencabar takhta liga? Adakah perbelanjaan besar Liverpool dan Arsenal musim ini berbaloi? Sama-sama kita saksikan.
3 Kelab Liga Inggeris Yang Berbelanja Besar
  • Title : 3 Kelab Liga Inggeris Yang Berbelanja Besar
  • Posted by :
  • Date : 17:02
  • Labels :
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Top